Wednesday, March 27, 2013

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Sesuai Jadi PM?

 27 Mac 2013 KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sesuai menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor berkata, Abdul Khalid layak menjadi Perdana Menteri kerana beliau berani mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Lebih baik Menteri Besar Selangor menjadi Perdana Menteri kerana beliau berani berterus terang dan berhadapan dengan rakyat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Riduan berkata, meskipun pengumuman Abdul Khalid berhubung tarikh pembubaran DUN lewat dari tarikh jangkaan banyak pihak tetapi beliau berani mengumumkannya kepada media.
Dakwa beliau, Menteri Besar Selangor itu tidak merahsiakan tarikh pembubaran DUN supaya rakyat dapat membuat persediaan yang secukupnya.
Media semalam melaporkan Selangor akan membubarkan DUN pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan.
Abdul Khalid dipetik sebagai berkata, perbincangan sedang diadakan dengan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah untuk turut sama mengambil tindakan serupa seperti Selangor.
“Buat masa ini, kita bincang dahulu dengan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Jika mereka setuju, kita akan bubar serentak,” kata Abdul Khalid.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!