Sunday, March 31, 2013

Hunny Madu Mahu Dikenali Sebagai Hani Hatim

1 April 2013 Pengacara, penyampai radio Fly FM dan penyanyi yang popular dengan nama Hunny Madu kini mahu dikenali sebagai Hani Hatim.
Menurut Hani atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim, dia mahu menggunakan nama sebenarnya itu dalam urusan formal atau kerja sementara nama Hunny Madu akan dikekalkannya untuk bidang nyanyian.
Perkara ini diluahkan Hani menerusi status yang dimuat naik di laman Instagramnya pagi tadi sebagai simbolik sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke 28 hari ini.
Selamat hari lahir Hani dan semoga karier anda semakin sukses dan maju ke hadapan!
Oleh: JULIANA JOHAR

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!