27 Mac 2013 PETALING JAYA, 26 Mac — Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang
siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah
Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk
Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain
dijemput oleh agen “Umno-BN” untuk melihat beberapa keping gambar video
seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah (gambar), ahli parlimen Lembah
Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya.
Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai
beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain
termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan
media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan
terlibat dalam satu video lain.
“Ia adalah amaran, ugutan politik… sebagai ahli politik senior, kita
tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap
integriti pemimpin kita.
“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai
banyak pengetahuan tentang produksi video,” kata beliau dalam satu
sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini.Saifuddin tidak menyatakan
permintaan atau sebab mengapa agen tersebut membenarkan beliau untuk
menonton video, disiarkan di dalam kereta tetapi mengulangi ia adalah
ugutan biasa untuk memusnahkan karier politik mereka yang disiarkan
menuju pilihan raya umum.
Beliau menegaskan video tersebut adalah palsu, mengatakan ia direka
menggunakan manipulasi imej digital melibatkan gandingan adegan
berasingan untuk memberi gambaran penggubal undang-undang yang
diketengahkan telah melakukan salah laku seksual.
“Kami tidak rasa takut. Kami sudah biasa,” katanya, sambil menambah
jika dikeluarkan, kesahihan video dan gambar boleh dicabar di mahkamah.
Tetapi Saifuddin menerangkan, PKR mahu memberi amaran kepada rakyat
Malaysia terlebih dahulu mengenai video mungkin akan dikeluarkan untuk
menggelirukan pengundi dalam apa yang beliau labelkan sebagai tindakan
terdesak.
“PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah
perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji
dengan sengit.
“Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan,”
katanya. “Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat
sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan.”
Anwar telah berulang kali pada masa lalu dikaitkan dengan pelbagai
video seks dan gambar, termasuk video terkenal yang mendakwa perlakuan
seksnya dengan gadis China yang dikeluarkan oleh “trio Datuk T” tahun
lepas.
Dalam serangan terbarunya, penulis blog pro Umno mengeluarkan gambar
seorang lelaki menyerupai Anwar bercumbu dengan seorang lelaki dan
menyiarkan sebahagian daripada videonya berbual dengan seorang pelajar
lelaki berumur 19 tahun yang dituduh melakukan hubungan seks dengannya
kemudian.
Anwar baru-baru ini memfailkan saman RM100 juta terhadap penulis blog
pro Umno Papagomo selepas tuduhan video seks tersebut, mendakwa imej
yang dikeluarkan palsu dan bertujuan untuk merosakkan imejnya.
0 comments:
Dí lo que piensas...