27 Mac 2013 RIO DE JANEIRO - Stadium di Brazil yang bakal menjadi tuan rumah olahraga Sukan Olimpik 2016 terpaksa ditutup ekoran masalah pada bahagian struktur bumbung.
Stadium Joao Havelange mula dibina sejak enam tahun lalu.
Datuk Bandar, Eduardo Paes berkata, beliau sudah dimaklumkan berhubung masalah pada struktur stadium itu.
Pihaknya tidak dapat memastikan jika stadium itu boleh dibuka dalam masa tertentu atau dalam tempoh yang singkat.
Ia sudah digunakan sebagai stadium bola sepak utama di Rio manakala stadium Maracana di bandar itu pula sedang diubahsuai bagi kegunaan semasa acara Piala Dunia tahun hadapan.
Pihak media menyifatkan perkara ini amat memalukan Brazil kerana negara itu bakal menjadi tuan rumah bagi dua acara sukan utama dunia.
Pihak bertanggungjawab mengendalikan kerja-kerja pengubahsuaian di Maracana juga mengakui mempunyai masalah kewangan dan ia menjadi punca kelewatan kerja ubah suai siap dalam masa ditetapkan.
0 comments:
Dí lo que piensas...