Sunday, February 3, 2013

Neelofa Idamkan Gelaran Pengacara TV Wanita Popular?



KUALA LUMPUR, 4 FEB 2013: Gelaran Dewi Remaja yang diberikan kepada Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, seakan cocok buat gadis kelahiran negeri Cik Siti wan Kembang itu.
Apa tidaknya, bermula dengan pencarian Dewi Remaja, dia terus disunting untuk memegang watak utama dalam filem Azura dan kini mula ligat beraksi dalam dunia pengacaraan di di kaca televisyen.
Dek kerana kekerapannya menjadi pengacara menerusi 2 rancangan yang punya pengikut ramai iaitu Nona di TV3 dan MeleTOP ( Astro Ria) pada saban minggu, ramai yang seolah-olah terlupa sebentar bahawa Neelofa sebenarnya mula dikenali di dalam bidang lakonan.
Melihat kepada kecenderungan gadis berusia 22 tahun ini melibatkan diri dalam bidang pengacaraan, portal Murai.com.my sempat bertanyakan Neelofa mengenai bidang lakonan yang kini semakin jauh dengannya.
Ketika ditemui, dia baru sahaja selesai menjadi hos di sebuah acara korporat anjuran Golden World di ibu negara, baru-baru ini.
"Ketika ini saya rasa seronok menjadi hos dan mengacarakan majlis. Tetapi tidak bermakna saya mengabaikan dunia lakonan. Tidak lama lagi saya akan kembali berlakon dalam filem Pilot Café bersama Fahrin Ahmad.
"Filem Lemak Kampung Santan antara yang sudah menanti waktu tayangan. Tetapi untuk drama saya cuba hadkan dahulu kerana komitmennya agak besar memerlukan saya berkejar ke sana-sini. Mungkin setahun sekali saya akan terima tawaran untuk menjayakan drama bersiri.
"Selain itu saya kini sedang memasuki semester ketujuh untuk pengajian saya. Saya tidak mahu membuat komitmen yang terlalu banyak kerana bimbang ia akan menjadi beban di masa akan datang. Jadi saya fokus dahulu pada mana yang perlu,"ujar penuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda, Perniagaan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College ini.
Pencalonan yang diraih Neelofa sebagai finalis Top 5 Pengacara TV Wanita Popular untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) turut menguatkan lagi kedudukan Neelofa yang dilihat makin hari makin selesa menjadi pengacara.
Mengulas mengenai pencapaiannya itu, Neelofa gembira apabila percubaannya itu mendapat sokongan daripada peminat terutamanya. Dia juga lebih mengharapkan kepada gelaran Pengacara Paling Popular berbanding dua lagi pencalonan menerusi lakonan.
"Itulah, saya sendiri pun teruja apabila mendapat tahu saya tercalon sebagai Top 5 Pengacara TV Wanita Popular. Saingan pula adalah dari kalangan pengacara senior yang memang sudah diketahui kehebatan mereka berbanding saya yang baru sahaja bermula.
"Tipulah jika saya kata saya tidak berharap langsung untuk membawa pulang gelaran itu. Sesiapa sahaja yang masuk bertanding mesti inginkan kemenangan. Begitu juga saya, jika ada rezeki dan mendapat sokongan peminat, InsyaAllah.
"Tetapi jujur saya katakan bahawa saya lebih mengharapkan trofi Pengacara TV Wanita Popular berbanding Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular. Tidak tahu kenapa, mungkin kerana saya kini saya lebih banyak menceburi dunia pengacaraan,"jawabnya sambil berseloroh mengenai pencalonan yang diterima untuk ABPBH 2012 yang bakal berlangsung April ini.


.murai.com.my

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!