Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman berkata sepanjang lima tahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, dirasakan sudah cukup matangnya bagi dirinya untuk menepis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya.
“Biarlah kalau ada yang gelarkan saya lelaki metroseksual, terus-terang saya katakan disini saya tidak kisah kerana saya buat semua ini untuk kepuasan diri sendiri,” katanya kepada Rotikaya.
Nazim yang juga merupakan kekasih kepada pelakon cantik, Nabila Dally mengatakan dia memang berhabis banyak wang untuk membentuk imej sesuatu watak yang dijayakannya.
“Bayangkanlah, sekarang saya ada dua penggambaran drama berbeza dan kedua-duanya saya buat imej berbeza dari segi rambut sehinggalah pakaian sendiri.
“Jujur saya katakan, ‘wardrobe’ produksi saya tidak guna melainkan semuanya saya pakai baju sendiri,” katanya.
Nazim yang merupakan salah seorang peminat tegar K-Pop turut mengatakan dia lebih selesa bergerak kemana-mana dengan pakaian sendiri.
0 comments:
Dí lo que piensas...