Sunday, March 31, 2013

Abang Dakwa Madonna Lupa Diri

Anthony Ciccone


1 April 2013 Los Angeles – Madonna kini sudah menjadi jutawan, namun dia dilaporkan langsung tidak mempedulikan nasib abangnya yang kini menjadi gelandangan dan hidup merempat.
Menurut Anthony Ciccone, 54, adiknya itu tidak pernah mengambil berat mengenainya dan tidak kisah sama ada dia masih hidup atau sudah mati.
“Dia dengan dunianya sahaja dan tidak pernah sayangkan saya,’’ katanya yang dilaporkan menjadi kaki botol dan merempat di jalan-jalan di North Michigan.
Ciccone juga dilaporkan pernah tinggal di bawah jambatan di selepas setahun menjadi gelandangan.
Malah katanya,bapa mereka juga tidak lagi peduli dengannya.
“Bapa saya akan gembira jika saya mati kesejukan supaya dia tidak perlu memikirkan mengenai saya lagi.
“Bapa saya, Tony Ciccone juga tidak menyukai saya,’’ katanya.
Meskipun seorang kaki botol, Ciccone masih enggan menerima kenyataan tersebut.
Dia juga enggan mendapatkan rawatan bagi mengatasi ketagihannya itu.
Keadaan ini menyebabkan bapa Madonna dan ibu tirinya tertekan.
Seorang rakan keluarga berkenaan, Kathy Meteyer memberitahu, bapa dan ibu tirinya menghalau Ciccone dari rumah kerana mahu dia berhenti minum.
“Mereka telah banyak kali membantunya dan Ciccone juga pernah dimasukkan ke pusat pemulihan dadah, namun keadaan tidak beubah.
“Saya rasa Madonna yang membayar kos rawatan berkenaan, namun Ciccone gagal kerana alkohol sudah menguasai otaknya,’’ kata Meteyer.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!