Sunday, March 31, 2013

One Direction Dinobatkan Kumpulan Terkaya

One Direction


1 April 2013 London – Kumpulan One Direction bakal dinamakan sebagai kumpulan muzik bawah 30 tahun yang terkaya di Britain dengan jumlah kekayaan mereka dianggarkan bernilai £25 juta.
Sejak kumpulan itu ditubuhkan pada 2010, ia berjaya mengumpulkan kekayaan £5 juta setiap tahun.
Senarai selebriti kaya di Britain itu akan diumumkan bulan depan, demikian dedah Sunday Times Rich List.
One Direction dianggotai oleh Harry Styles, Liam Payne dan Niall Horan, yang semuanya berusia 19 tahun serta Zayn Malik, 20, dan Louis Tomlinson, 21.
Bekas peserta X Factor itu berjaya mencipta nama selepas album pertama mereka Up All Night menduduki carta teratas di 16 buah negara.
Manakala album keduanya Take Me Home, telah menjadikan mereka sebagai kumpulan pertama mempunyai album paling laris pada tahun sama, sejak dua dekad lalu.
Sebanyak tiga juta album berjaya dijual manakala 60 persembahan yang diadakan sepanjang tahun lalu juga telah melayakkan mereka mengumpul jumlah £11.8 juta.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!