Sunday, March 31, 2013

Bila Wanita China Terlebih Kaya


1 April 2013 New York – Seorang wanita dari China telah mengejutkan ejen-ejen hartanah di New York. Apa tidaknya, beliau membeli sebuah apartmen mewah bernilai $6.5 juta dolar untuk anak perempuannya yang baru berusia 2 tahun.
Wanita itu berbuat demikian sebagai persediaan apabila anaknya itu memasuki kolej kelak.
Menurut ejen hartanah Kevin Brown, wanita itu yakin anaknya akan memasuki salah satu daripada tiga universiti terkemuka di Amerika Syarikat.
Universiti terbabit ialah Universiti Columbia, Universiti New York dan juga Harvard.
Bagi tujuan itu, anaknya itu memerlukan sebuah rumah yang berhampiran dengan universiti tersebut.
“Apabila wanita itu menyatakan demikian, saya pun bertanya kepadanya bila anaknya itu akan memasuki universiti tersebut.
“Dia memberitahu anaknya itu baru berusia dua tahun. Saya amat terkejut apabila mendengar,’’ katan Brown.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!