Tuesday, February 5, 2013

PAS Guna Taktik Senyuman Pada PRU 13


5.2.2013
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengingatkan petugas pilihan rayanya supaya sentiasa melemparkan senyuman semasa mendekati golongan pengundi bagi menarik perhatian mereka untuk menyokong PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd. Nor berkata, petugas PAS perlu juga menghulurkan salam, bertegur sapa dan memberi risalah kepada masyarakat untuk menarik perhatian mereka terhadap PAS.
“Mudah-mudahan dengan akhlak dan peribadi tinggi yang ditonjolkan ini akan dapat menarik mereka kepada PAS dan seterusnya menghayati Islam seperti yang dihasratkan PAS selama ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sementara itu Riduan melalui kenyataan sama mengambil kesempatan untuk mempertahankan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyambut hari jadinya yang ke-82 di rumah Karpal Singh di Jalan Scotland, Pulau Pinang.
Beliau mendakwa, tindakan Nik Abdul Aziz menyambut hari jadinya yang ke-82 di rumah Karpal menunjukkan satu sikap keterbukaan dan pendakwah sejati oleh Mursyidul Am PAS.
Dakwa beliau, tindakan itu juga memberi mesej yang jelas bahawa PAS adalah parti yang mengajak kepada perpaduan disamping berdakwah kepada segenap masyarakat.
Dakwanya lagi, ia juga menunjukkan PAS sentiasa terbuka untuk berdialog, berdiskusi, berbincang dengan apa sahaja isu termasuk berkaitan agama Islam supaya persepsi bukan Islam sentiasa positif terhadap Islam.
Beberapa pihak bagaimanapun melihat langkah tersebut sebenarnya bertujuan meredakan konflik yang timbul antara PAS dan DAP berikutan perbezaan pendapat antara dua parti tersebut berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil versi bahasa Melayu sebelum ini.



-BERNAMA


0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!