Monday, February 4, 2013

Fathia Latiff Rampas Kekasih Orang?


5.2.2013
Lagi cerita mengenai artis wanita merampas hak orang. Mereka mengakui diri itu solo sedangkan mereka sebenarnya sedang ada komitmen dengan seseorang.
Terbaru, memetik laporan Utusan, pelakon yang sedang meningkat naik Fathia Latiff dikatakan edang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki. Lebih panas, lelaki itu merupakan kekasih kepada seorang aktres popular.
Namun, Fathia sekeras-kerasnya menafikan dakwaan itu.
“Terus terang hati Fathia sekarang ini masih belum terpikat dengan mana-mana lelaki. Fathia selesa bergerak solo dan belum berhajat mahu ada kekasih buat sementara waktu ini.
“Lagipun macam mana orang cakap Fathia rampas teman lelaki aktres itu sedangkan Fathia orang luar, langsung tidak ada kena mengena dengan hubungan cinta mereka sebelum ini,” katanya.
Tambahnya, sebab itu dia tidak mahu cepat melatah dengan gosip liar berkenaan.
“Sungguh, Fathia langsung tak pernah ambil tahu. Kalau diikutkan, memang tidak masuk akal kalau orang luar macam Fathia ini tiba-tiba dikaitkan sebagai punca perpisahan mereka.
“Macam kelakar saja sebab tidak ada pertalian langsung kerana kami tak pernah berjumpa, bercakap apatah lagi,” jelasnya.




Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!