SUNGAI BESAR - Penduduk Kampung Nelayan Sungai Haji Dorani gusar berikutan laluan ban Pantai Tebuk Marso sering menjadi lokasi persinggahan untuk menjalankan kegiatan penagihan dadah.
Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berkenaan, Abdul Talib Lambak berkata, kegiatan itu berleluasa sejak beberapa tahun lalu dan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, dipercayai dilakukan belia tidak bekerja.
Menurutnya, kawasan semak berhampiran ban itu menjadi pilihan penagih bagi menyukarkan polis yang membuat rondaan untuk mengesan kegiatan mereka.
“Mereka aktif menjalankan aktiviti penagihan terutama pada waktu petang. Malah, mereka tidak menetap di satu lokasi sepanjang masa dan akan berpindah di sepanjang laluan ban ini.
“Polis juga tidak dapat masuk ke laluan ban ini dengan menaiki kereta sekali gus memudahkan mereka menjadikan kawasan ini sebagai port menghisap dadah,” katanya, semalam.
Talib berkata, pihaknya menerima beberapa aduan daripada penduduk, malah pernah mengusulkan perkara tersebut ketika Mesyuarat Ahli Jawatankuasa.
Malah katanya, rondaan turut dilaksanakan, namun pihak berkenaan didapati bijak mengatur langkah hingga gagal dikesan ketika operasi.

“Kebiasaannya mereka akan membeli keperluan di pesisir pantai sebelum mencari lokasi untuk menghisap dadah,” katanya.
Talib berkata, beberapa kes pecah rumah juga pernah berlaku dipercayai dilakukan penagih untuk mendapatkan wang membeli bekalan.
“Beberapa kes kecurian pernah berlaku di sini dan kami yakin kegiatan itu dilakukan penagih,” katanya.
Sementara itu, penduduk yang hanya dikenali sebagai Samad, 42, berkata, penduduk gusar kegiatan tersebut akan menjejaskan keselamatan mereka,
Sehubungan itu katanya, penduduk berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap penagih yang menjalankan kegiatan mereka di laluan ban tersebut.
“Penduduk terdedah dengan bahaya hingga menyebabkan mereka kurang selesa menggunakan laluan itu,” katanya. - Bernama

0 comments:
Dí lo que piensas...