Thursday, January 31, 2013

Aktiviti tuba ikan makin rancak

1 Februari 2013

KLANG - Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti tuba ikan di pesisir pantai Pulau Ketam bukan sahaja menjejaskan ekosistem hidupan laut, malah menyebabkan air laut di kawasan itu tercemar.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) kawasan Pulau Ketam, Song Soon Guan berkata, aktiviti itu semakin berleluasa sejak kebelakangan ini dan ia harus dihentikan segera berikutan kesan negatifnya kepada hidupan laut dan persekitaran.

Menurutnya, pihaknya menerima aduan daripada penduduk Pulau Ketam berhubung aktiviti itu yang dilakukan nelayan tidak bertanggungjawab.

“Perbuatan itu dilakukan demi mendapatkan hasil tangkapan yang lebih lumayan dengan cara mudah. Memang diakui hasil tangkapan banyak, namun cara yang digunakan boleh membunuh semua hidupan laut sedangkan hanya ikan yang ingin ditangkap.

“Ia turut memberi kesan negatif kepada anak-anak ikan, ketam, udang dan pelbagai spesies lain yang hidup di pesisir Pulau Ketam,” katanya ketika membangkitkan isu itu pada Mesyuarat Bulanan Penuh MPK bagi Januari, di sini, semalam.

Soon Guan berkata, racun yang digunakan menyebabkan air laut tercemar.

“Saya mewakili penduduk pulau itu berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang melakukan aktiviti haram itu kerana ia memberi kesan negatif kepada kehidupan penduduk yang terdedah dengan racun, apatah lagi mereka juga
bergantung pada hasil laut,” katanya.

Menjawab aduan itu, Pemangku Yang Dipertua MPK, Mohd Ikhsan Mukri berkata, aktiviti tersebut sememangnya melanggar peraturan pihak berkuasa.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan MPK akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu melalui Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor untuk tindakan seterusnya.

“Perbuatan ini harus disiasat dahulu sebelum tindakan lanjut diambil bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

“Jika pihak itu sudah dikenal pasti, jabatan terlibat boleh menggunakan akta yang ada untuk mengambil tindakan ke atas mereka,” katanya.  -   Bernama

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!