Thursday, January 31, 2013

Australia hantar bantahan kapal ikan paus Jepun ceroboh perairan

01/02/2013
SYDNEY: Kerajaan Australia hari ini menghantar bantahan kepada Tokyo selepas kapal menangkap ikan paus Jepun dikesan memasuki zon ekonomi eksklusif negara itu di Laut Selatan berhampiran Pulau Macquarie. 

Canberra menentang keras penangkapan ikan paus dan sudah melancarkan tindakan undang-undang bagi mencabar negara Matahari Terbit itu yang kononnya menjalankan kajian dikenali sebagai “pemburuan saintifik” pada Disember 2010. 

Kapal Shonan Maru No 2 meninggalkan Laut Selatan pada penghujung Disember, merancang untuk menangkap sehingga 935 paus Antartik dan kira-kira 50 sirip ikan paus, dan ia memosong ke wilayah Australia. 


"Kerajaan menentang keras tindakan kapal Jepun itu melalui perairan wilayah Australia atau zon ekonomi eksklusif kami,” kata Menteri Alam Sekitar, Tony Burke. 

"Kedutaan kami di Tokyo sudah menyampaikan sentimen ini kepada kerajaan Jepun," katanya. - AFP

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!