01/02/2013
Kajang: Polis mengesahkan punca kematian kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dipercayai mangsa dera disebabkan kecederaan teruk di kepala.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Serdang mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala.
Menurutnya, polis turut menemui kesan luka baru dan lama di seluruh badan mangsa.
“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta perlindungan kanak-kanak.
“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta perlindungan kanak-kanak.
“Buat masa ini tiada tangkapan dilakukan namun kita akan mengambil keterangan ahli keluarga bagi membantu siasatan. - Bernama
0 comments:
Dí lo que piensas...