Demikian menurut ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi berhubung isu Barisan Nasional dan Umno tidak boleh bekerjasama seperti yang dinyatakan Hadi selaku.
Menurut Puad, Hadi masih tidak matang di dalam politik dan bersikap angkuh.
Beliau berkata, politik pada masa kini mementingkan politik yang "berhati nurani" dan persamaan.
Katanya, rakyat menilai seseorang pemimpin itu berdasarkan sikap mereka di dalam arena politik ini.
"...dari segi sejarah Pas dan kerajaan pernah bekerjasama.
"Hadi berada di takuk lama, dan sudah tidak relevan berbanding Najib yang lebih terbuka.
"Politik masa depan perlukan "politik hati nurani" dan persamaan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2013 di sini hari ini.
Menurut laporan media, Pas dikatakan tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan BN dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana ia tidak tahu memerintah.
Hadi berkata, Umno tidak tahu membina sebuah negara yang berteraskan kepada agama Islam.
“Bukan kita tidak boleh bekerjasama dengan Umno, boleh bekerjasama. Tapi baik perintah negeri, Umno tidak tahu memerintah negeri. Tidak boleh kerjasama sebab mereka tidak tahu memerintah.
“Contoh di Kedah, Pakatan Rakyat (PR) di bawah Pas baru empat tahun perintah. Masalah air dan jalan atau masalah 50 tahun dulu sebelum kita perintah, dia (Umno) kata kita la punya kerja,” katanya.
Mengulas lanjut, Puad yang Timbalan Menteri Pelajaran berkata, kerjasama DAP dan Pas juga seperti musuh di dalam selimut dengan masalah yang tidak mempunyai penyelesaian.
Beliau berkata, tindakan Hadi itu membuktikan beliau tidak lagi relevan.
"Pas bekerjasama dengan DAP, DAP menjadi musuh di dalam selimut seperti isu Kalimah ALLAH," katanya - Bernama
0 comments:
Dí lo que piensas...