Tuesday, April 9, 2013

Krisis Air Selangor: Rakyat Perlu Bijak Undi Supaya Selangor Tidak Mundur?

Krisis Air Selangor: Rakyat Perlu Bijak Undi Supaya Selangor Tidak Mundur?


10 April 2013 Semasa mengumumkan tiga projek utama di Cyberjaya yang mencecah RM8 bilion, Perdana Menteri mengingatkan bahawa lakaran impian itu mungkin gagal menjadi kenyataan kerana masalah air di Selangor tidak dapat diselesaikan.
Ini adalah antara projek yang bakal dibangunkan dalam usaha memastikan kesejahteraan dan taraf hidup penduduk meningkat serta pada masa sama menyumbangkan perolehan tambahan kepada ekonomi Malaysia.
Dan ini tidak termasuk lebih dari 100,000 projek pembangunan di negeri Selangor terbantut akibat masalah gangguan bekalan air yang berterusan dan semakin kronik seperti yang dilapurkan media baru-baru ini.
Kalau projek yang dalam pelaksanaan tidak dapat diteruskan kerana isu air, apatah lagi dengan projek yang bakal dibangunkan?
Selama ini tidak ramai yang percaya dengan dakwaan yang mengatakan bahawa negeri Selangor bakal mundur ke belakang apabila kerajaannya diambil alih oleh Pakatan Rakyat sejak Mac 2008. Ada yang mengatakan kononnya dakwaan itu bermotifkan politik.
Namun selepas lima tahun mengendalikan negeri termaju peninggalan Barisan Nasional (BN) itu, majoriti rakyat di Selangor sudah mula terasa keperitan hidup akibat ditadbir oleh sebuah kerajaan yang lemah dan tidak punya pengalaman.
Letak table Utusan
Sebanyak 87, 754 projek perumahan terpaksa ditangguh dan lewat dibina dari jadual asal. Rakyat terpaksa membayar pinjaman perumahan sedangkan rumah mereka belum siap dan pemaju pula berhadapan dengan bayaran penalti kerana lewat menyiapkan projek.
Selain itu sebanyak 6,240 buah pejabat dan rumah kedai terbengkalai. Begitu juga dengan projek yang membabitkan 4,330 premis perniagaan dan 3,159 hotel-hotel terkandas di Selangor dan Lembah Klang.
Misalnya di Hulu Langat, lebih 10,000 unit kediaman tertangguh tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang melibatkan kerugian kepada rakyat sebagai pembeli serta UEM Land Berhad dan Setia Ecohill Sdn Bhd.
Juga dilaporkan tentang 288 unit kediaman di Pangkalan Udara TUDM Subang tidak dapat dimulakan dan lebih 5,600 penghuni menjadi mangsa apabila kediaman mereka turut menerima nasib yang sama.
Nak tau puncanya?
Semuanya adalah kerana masalah krisis air di Selangor yang semakin meruncing dan gagal ditangani dengan baik oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak diambil alih oleh Pakatan Rakyat kira-kira lima tahun lalu.
Sebagaimana maklum, undang-undang negara menggariskan bahawa tanggungjawab memastikan seluruh pengguna menerima bekalan air bersih adalah berada di atas bahu kerajaan negeri yang mentadbir di negeri masing-masing.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin semalam menegaskan “menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), tanpa Langat 2, simpanan air mulai 2016 akan hanya berjumlah kira-kira 0.5 peratus atau 26 juta liter, yang “sebenarnya tidak langsung bermakna jika diambil kira bahawa setiap projek perumahan memerlukan dua hingga tiga juta liter.”
“Jadi, selama manakah 26 juta (liter) itu boleh bertahan? Menjelang 2017, kita menjangka jumlah defisit mencapai 2.9 peratus sekiranya tidak terdapat sumber lain, walaupun projek mitigasi dilaksanakan, di samping apa yang kita ada sekarang.”
“Kita akan terpaksa mencatu air. Adakah kita bersedia untuk itu?, Jadi, nyatalah tidak ada sebarang sebab bagi sesiapa jua untuk menentang Langat 2,” katanya
Sudah berkali-kali kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihat dan dipujuk oleh pelbagai pihak untuk mengeluarkan kelulusan pembangunan (development order) untuk Langat 2 bagi menjamin bekalan air yang mencukupi di Selangor dan Lembah Klang.
Namun malangnya Khalid enggan berbuat demikian, malah menuduh nasihat tersebut sebagai “permainan politik”dan projek yang mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat itu hanya diberikan kepada “kroni-kroni BN”.
Padahal media saban waktu melaporkan rintihan rakyat yang mengalami gangguan bekalan air selama berminggu-minggu dan projek yang dikatakan “diberikan pada kroni BN” itu sebenarnya telah ditawarkan menerusi tender terbuka secara telus.
“Habis modal” menyalahkan Kerajaan Pusat, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor beralih pula menyerang syarikat konsesi air Selangor, SYABAS, dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas dan putar belit fakta sebenar.
Cuba “menyelamatkan rakyat”dari terus sengsara ekoran sikap Menteri Besar yang lari dari tanggungjawab itu, Kerajaan Pusat terpaksa mengambil inisiatif memperuntukan sebanyak RM606 juta untuk pelan mitigasi yang dijangka mampu menampung permintaan sehingga tahun 2016.
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, tindakan itu adalah untuk memastikan beberapa projek tergendala di negeri itu dapat diteruskan dari terus terbengkalai dan mengakibatkan kerugian bernilai ratusan juta ringgit.
Jelas sekali projek-projek pembinaan kediaman, premis perniagaan dan kormesil akan terus terbantut sekiranya permintaan bagi keperluan asas itu tidak dipedulikan oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.
Persoalannya, jika ratusan projek-projek perumahan, rumah-rumah kedai, premis pejabat, bangunan

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!