Wednesday, March 27, 2013

Zain Saidin Belum Sempat Kursus Kahwin

 27 Mac 2013 Sebelum ini heboh mengatakan pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Zain Saidin mahu memperisterikan kekasih hatinya, Rozita Che Wan pada penghujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, dia mengakui masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis itu nanti.
Zain juga turut menyatakan dia belum sempat untuk mengikuti kursus kahwin yang seharusnya dijalani oleh pasangan yang bakal berkahwin.
“Press conference untuk hal kahwin ini masih belum tahu lagi bila. Mungkin kami akan buat sidang media selepas Aidilfitri nanti. Sekarang belum ada progress apa-apa lagi. Hanya persediaan menyambut hari raya je nanti. Saya masih belum pergi kursus kahwin lagi,” katanya melalui portal Murai.
Dalam perkembangan lain, Zain bakal muncul dengan sitkom popular Oh My English musim kedua yang akan ditayangkan bermula Ahad ini jam 7.30 malam di saluran Astro Ceria.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!