Wednesday, March 27, 2013

BODOH PUNYE PENULIS!!!MACAM HARAM JADAH!!!




 27 Mac 2013  LIMA 2013: Pertunjukkan Aerobatik TUDM Macam Sial!!

RAKAN-RAKAN yang menyaksikan persembahan aerobatik TUDM sempena pembukaan LIMA 2013 semalam, ternyata pulang hampa dan kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh juruterbang TUDM yang terlibat dengan pertunjukkan aerobatik.
Menurut mereka, hampir kesemua teknik aerobatik yang digunakan semalam adalah teknik sama yang digunakan TUDM sejak perolehan pesawat itu pada 1993.
Ironinya, pasukan aerobatik Rusia, Russian Knight yang turut hadir buat pertama kali bagi membuat pertunjukkan di LIMA 2013, telah mempamerkan aksi-aksi aerobatik yang lebih terkini seperti Pugachev’s Cobra yang mengagumkan semua pengunjung yang hadir.
Sebetulnya, teknik Pugachev’s Cobra ini biasanya hanya boleh dilakukan oleh pesawat dengan keupayaan thrust vector dan sirip Canard yang dilengkapkan pada pesawat yang jauh lebih moden seperti Sukhoi Su-30 dan yang setara dengannya sahaja.
Tapi keupayaan juruterbang Russian Knight membuat aksi sukar tersebut dengan hanya menggunakan  pesawat Su-27 Flanker yang tidak dilengkap dengan sirip Canard, memang amat-amat mengagumkan laman ini.


Sementara para juruterbang pasukan Smokey Bandits TUDM masih dengan teknik dan aksi aerobatik yang lama, usang dan ketinggalan zaman, menunjukkan betapa jauhnya jurang antara juruterbang negara kita dengan negara Russia.
Siapa lagi di zaman hari ini nak melihat teknik aerobatik yang hanya memberi tumpuan kepada keupayaan juruterbang membuat aksi roll rate, high speed dan turning performance semata-mata?  Itu lebih kepada pergerakan asas pesawat untuk pertempuran jarak dekat (dogfight), bukan aksi aerobatik!!
Tidak hairanlah kenapa juruterbang TUDM gagal melaksanakan operasi pengeboman yang berkesan dalam Ops Daulat yang masih berjalan di Sabah sekarang.  Lain tempat yang disasarkan, lain tempat pula bom dijatuhkan juruterbang.  Malah ada laporan mengatakan, salah sebuah dari bom yang digugurkan di Kg Tanduo itu, tidak meletup pun!!!
Bila kami cakap juruterbang ini gagal, ramai yang marah-marah dan bagi alasan yang bercanggah antara satu sama lain.
Persembahan aerobatik ini penting untuk mengukur keupayaan sebenar seseorang juruterbang – disamping mempamerkan teknik peperangan udara yang sebenar oleh pasukan tentera udara sesebuah negara.
Kegagalan menguasai maneuver-maneuver  yang terkini, hanya akan meletakkan pesawat yang berharga ratusan juta ringgit dalam risiko untuk ditembak jatuh oleh musuh.
Kalau itu berlaku, siapa yang rugi?  Kita semualah sebab wang rakyat digunakan untuk membeli pesawat canggih ini hanya untuk dihempaskan oleh para juruterbang TUDM yang tidak berkemahiran!!

Memalukan.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!