Wednesday, March 13, 2013

WARGA TURKI MENDOAKAN SABAH.


WARGA TURKI MENDOAKAN SABAH.

Saya teringat lagi ketika rakan saya, Christopher daripada Jerman yang bertanya: 'Eh, Malaysia sekarang berperang dengan Filipina?". Saya ketika itu memang tak tahu langsung pasal hal ni, saya tak sangka, rakan saya dari Jerman tu yang tahu lebih awal dari saya.

Ramai juga rakan-rakan Turki yang bertanya tentang konflik yang sedang melanda Malaysia. Antara kata-kata mereka 'Nampaknya keamanan di Malaysia dicemburui musuh-musuhnya'.

Sedar atau tidak, kita tidak bersendirian, ramai yang mendoakan kita. Mereka tahu apa yang berlaku, cuma mereka tidak mampu melakukan apa-apa melainkan doa sahaja.

Pakcik di dalam gambar ini bernama Bahri, berasal dari Ankara, Turki dan dia sangat-sangat menyukai Malaysia, jika duduk dengannya, dia akan bersembang tentang Malaysia selalunya.

Ketika dia tahu tentang peristiwa yang melanda Malaysia. Dia benar-benar terkejut dan dia kata: 'Kalian tidak bersendirian, kami disini bersama kalian, sekarang saya akan sampaikan mesej ini pada mereka (yang ditulis tu)

"Davanızı gönülden desdekliyorum. Inşallah başaracaksınız. Sizin için dua ediyorum"

Maksudnya: "Apa sahaja yang kalian perbuatkan (demi mempertahankan Negeri Sabah), saya menyokong dari hati. Semoga kalian berjaya. Saya mendoakan kalian"

Semoga Allah merahmati dan memurahkan rezeki pakcik Bahri ni dan jangan lupa bahawa kita tidak bersendirian!

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!