20 March 2013
IPOH – Suami isteri dan seorang jiran mereka maut apabila kereta yang
mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di KM 41.3 Jalan
Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Kampung Setia di sini Rabu.
Dalam kejadian 9 malam tadi, mangsa Romlan Ros Abdul Bakar, 52, dan
isterinya Haniza Hussin, 46, bersama jiran mereka Mohd Ridzuan Mohd Nor,
55, meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala Zaharah Abdullah, 52, isteri kepada Mohd Ridzuan cedera
parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Siput dekat sini,
kesemua mereka berasal dari Felda Bersia, Gerik.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata kereta
Proton Iswara yang mereka naiki dalam perjalanan dari Gerik menghala ke
Ipoh secara tiba-tiba memasuki laluan treler membawa muatan besi
pencawang.
“Treler itu datang dari arah Ipoh ke Kuala Kangsar, apabila sampai di
lokasi kejadian tiba-tiba muncul sebuah kereta datang dari arah hadapan
masuk ke laluan treler berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis akan menyiasat punca sebenar kejadian. – BERNAMA
Tuesday, March 19, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Dí lo que piensas...