20 March 2013
KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Beego yang mengaku tidak
bersalah terhadap atas pertuduhan berkhalwat pada Mei tahun lalu telah
memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang dia menyewa rumah
bersama kakak angkatnya dan seorang lagi kawan lelaki di kondominium di
Bukit Antarabangsa.
Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Beego atau nama
sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, telah membuat kenyataan
tersebut sewaktu prosiding kes tangkap khalwatnya yang membabitkan dia
dan dua lagi kenalan, Fikry Zainon, 21 dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad,
21 bersama dua lagi wanita 23 Februari 2011.
Kes bermula apabila Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS), Muhamad Luqman Ramli, menerima aduan terdapat perbuatan
khalwat di rumah terbabit. Dia kemudian bersama tiga lagi pegawai
penguat kuasa JAIS serta tiga anggota polis datang memeriksa rumah itu.
“Ketika sampai di depan pintu rumah itu, kami beri salam dan ketuk
pintu. Seorang lelaki iaitu Fikry Zainon membuka pintu dan selepas kami
perkenalkan diri dia meminta kami tunggu sebentar. Dia kata nak panggil
kawan dia buka pintu. Tak lama selepas itu pintu dibuka seorang lelaki
lain iaitu Aszerul Nizam (Beego).
“Selepas memperkenalkan diri dan meminta kebenaran untuk membuat
pemeriksaan, kami dibenarkan masuk. Ketika itu dua lelaki berpakaian
lengkap duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Namun keadaan di
ruang tamu gelap dan tidak dipasang lampu,” jelas pegawai JAIS itu.
Mereka seterusnya memeriksa bilik di rumah itu dan di dalam salah
sebuah bilik, dua orang perempuan ditemui dan masing-masing berpakaian
lengkap dengan baju lengan panjang dan seluar panjang. Kelima-lima
mereka menurut Luqman telah memberikan kerjasama yang baik kepada
mereka.
Tambahnya, semua tertuduh akur dan tidak memberi sebarang komen
ketika pegawai JAIS menerangkan kesalahan khalwat dan mereka kemudiannya
dibawa ke Balai Polis Ulu Klang untuk laporan polis.
Beego dan dua lagi rakan lelakinya bagaimanapun mengaku tidak
bersalah atas pertuduhan khalwat tersebut. Namun dua lagi rakan wanita
mereka, Azlina Yazit dan Hadijah Mohamad Mokhar masing-masing berusia
awal 30-an, mengaku bersalah atas tuduhan itu dan didenda RM3,000.
Mereka membayar denda itu.
Perbicaraan akan disambung 16 Jun ini.
Beego yang ditemui media di luar mahkamah berkata ini adalah
pengajaran yang amat berguna untuknya dan dia juga menjelaskan bakal
bernikah 7 Jun depan dengan pelakon Linda Hashim.
Tuesday, March 19, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Dí lo que piensas...