PIHAK YANG HINA DAN PERTIKAI PENGORBANAN PASUKAN KESELAMATAN PENGKHIANAT NEGARA
Serian, 14 Mac - Mana-mana pihak yang mempertikai serta
menghina anggota pasukan keselamatan yang terkorban ketika
mempertahankan kedaulatan negara adalah pengkhianat, kata Ketua Polis
Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad.
Beliau berkata seharusnya mereka yang terkorban dihargai dan tindakan mempertikai serta menghina tidak sepatutnya dilakukan.
"Kalau seseorang itu menghina pengorbanan anggota pasukan keselamatan,
mereka ini kita kategorikan sebagai pengkhianat. Bayangkan setelah apa
yang berlaku, ada nyawa terkorban masih ada ada orang menghina
pengorbanan (anggota pasukan keselamatan) dan tindakan mereka itu lebih
hina daripada binatang.
"Jadi saya harap kita sebagai rakyat
Malaysia seharusnya menyokong pergorbanan anggota pasukan keselamatan
dan yang penting kita beri sokongan serta semangat kepada keluarga dan
balu-balu pejuang negara yang gugur mempertahankan negara tercinta ini,"
katanya kepada pemberita selepas mengadakan
lawatan ke rumah keluarga mendiang ASP Michael Padel, di Kampung Bidayuh Tebakang, di sini hari ini.
Mendiang Michael, 36, yang juga ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Semporna adalah seorang daripada dua pegawai dan empat
anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap oleh pengganas Sulu
di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna pada 2 Mac lalu.
Lawatan
tersebut turut disertai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching
(Operasi/Pencegahan) Superintendan Abang Ahmad Abang Julai bersama
kira-kira 50 pegawai, anggota serta ahli Persatuan Keluarga Polis
(Perkep) IPD Kuching.
Pada lawatan itu sumbangan sebanyak
RM3,300 hasil kutipan derma kilat di IPD Kuching diserahkan kepada balu
mendiang Michael, Jabah Mingku, 35.
Turut berada di rumah
keluarga mendiang ialah anak lelaki mendiang Macluie, 11, ibu mendiang
Elizabeth Inat Rau serta sanak saudara. - BERNAMA
Thursday, March 14, 2013
PIHAK YANG HINA DAN PERTIKAI PENGORBANAN PASUKAN KESELAMATAN PENGKHIANAT NEGARA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Dí lo que piensas...