Tuesday, March 26, 2013

Pembangkang ganti kerajaan Syria di Liga Arab


27 Mac 2013 DOHA - Liga Arab memulakan sidang kemuncak semalam dengan menjemput Presiden Gabungan Kebangsaan Syria, (SNC), Moaz al-Khatib secara rasmi menggantikan kerajaan negara yang dipimpin Presiden Bashar al-Assad.

Emir Qatar, Hamad bin Khalifa Al Thani memberitahu yang pihaknya masih lagi menyokong langkah penyelesaian politik bagi merungkaikan krisis dua tahun Syria.

Krisis di Syria dan rundingan damai bagi Afghanistan dengan Taliban menjadi agenda utama dalam sidang kemuncak itu.

Pihaknya juga menuntut supaya sokongan tambahan diberi dari negara Arab dan antarabangsa bagi menangani krisis berkenaan.

Moaz yang ditemui sebelum sidang kemuncak itu bermula berkata, beliau berhasrat untuk meletak jawatan dalam gabungan pembangkang Syria itu bukanlah satu tanda kejatuhan akan berlaku dalam pakatan tersebut.

“Apa yang berlaku hanyalah perkara biasa, ia sama saja seperti yang berlaku di parlimen seluruh dunia. Hanya berlaku sedikit perbezaan pendapat,” katanya.

Ahad lalu, Moaz mengumumkan mahu meletak jawatan.

Hamad turut mengumumkan penubuhan dana AS$1 bilion (RM3.1 bilion) bagi melindungi Baitulmuqaddis dan berjanji untuk membantu rakyat Palestin.

“Kita semua wajib mempertahankan Baitulmuqaddis. Justeru negara Arab yang lain juga harus pantas dan serius mengambil tindakan,” katanya.

Beliau menambah, Qatar sendiri akan menyumbang AS$250 juta (RM774 juta) kepada dana tersebut.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!