Tuesday, March 26, 2013

Najib pengerusi mesyuarat Kabinet, spekulasi muncul lagi

27 Mac 2013 SHAH ALAM - Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di Putrajaya, yang ramai meramalkan yang terakhir, spekulasi mengenai pembubaran Parlimen muncul semula hari ini.

Spekulasi dapat dilihat dalam alam media sosial sejak pagi tadi.

Malah, Sinar Harian Online juga menerima panggilan dan SMS mengenai soal itu, yang rata-rata bertanya sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini atau dalam waktu terdekat.

Ramai begitu teruja untuk mengetahui perkembangan terbaru sementara menanti kemunculan Pilihan Raya Umum ke-13.

Persekitaran yang sama disaksikan Rabu lalu sehingga Pejabat Perdana Menteri terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan laporan palsu Parlimen akan dibubarkan.

Spekulasi kali ini semakin kuat susulan sesi jelajah terakhir di Pahang Sabtu lalu dan disusuli dengan beberapa majlis penting dan menarik dihadiri Najib sejak Ahad lalu.

Semalam Najib merasmikan pameran Lima 2013 di Langkawi.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!