Tuesday, March 26, 2013

Pakatan Rakyat Mahu UMNO Diharamkan


27 Mac 2013 UNTUK makluman semua, Pakatan Rakyat telah pun menubuhkan sebuah NGO baru yang dipanggil Gerakan Haramkan UMNO (GHU) yang akan dikendalikan oleh Pengerusi SAMM, CheguBard.  Majlis pelancaran dan logo NGO berkenaan akan diadakan dalam jangka masa terdekat di Kuala Lumpur.

Sesuai dengan namanya, NGO ini akan ditugaskan untuk mengenal pasti mana-mana cawangan UMNO di seluruh negara yang diketahui bermasalah dan kemudian melaporkan perkara tersebut kepada Pendaftar Pertubuhan – bermasalah dari segi tidak mematuhi peruntukan undang-undang dibawah Akta Pertubuhan 1966.
Dengan maklumat tersebut, RoS akan didesak untuk mengambil tindakan ke atas UMNO dan jika mereka gagal, Pakatan Rakyat sendiri akan membawa perkara tersebut ke mahkamah dan memastikan UMNO kemudiannya dibatalkan pendaftaran.
Pendekatan seumpama ini bukanlah perkara baru kerana UMNO pernah diharamkan kali pertama pada 1988 setelah 11 orang ahlinya membawa isu pemilihan UMNO 1987 ssebagai tidah sah ke Mahkamah berikutan kewujudan 30 cawangan UMNO yang tidak di daftarkan.
Sebagai permulaan, GHU akan mengadakan sesi penerangan ke seluruh negara kenapa UMNO dikatakan sebagai sebuah organisasi haram. Perkara ini akan dilakukan setelah maklumat mengenai cawangan-cawangan UMNO bermasalah diseluruh negara, diperolehi melalui maklumat dalaman yang disalurkan penyokong Pakatan Rakyat yang bertugas di ibu pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Sebagai langkah tambahan, Pakatan Rakyat akan turut menggerakkan sekumpulan sukarelawan yang akan menggunakan prosedur sedia ada dengan mengisi borang 27 untuk mengenal pasti cawangan UMNO yang bermasalah.
Usaha untuk menggerakkan sukarelawan ini akan hanya dijalankan sekiranya maklumat dalaman berkenaan gagal atau lambat diperolehi atas sebab-sebab tertentu.
Sebaik semua itu selesai, semua maklumat yang telah diperolehi ini akan disebarkan melalui laman web SAMM sendiri di www.anakmudamalaysia.com dan disebarluas lagi melalui laman media sosial seperti Facebook/Twitter.
Kemudiannya, satu petisyen akan difailkan di Mahkamah dan semua ruang teknikal perundangan akan digunakan oleh barisan peguam Pakatan Rakyat agar diakhirnya UMNO akan dapat diharamkan.
Suarapakatanrakyat.com dengan ini menggesa kepada semua ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan penubuhan cawangan-cawangan UMNO ini agar menyertai gerakan ini dan mendaftarkan diri sebagai sukarelawan.
Perkara ini perlu dilakukan segera, sebaiknya sebelum proses pembuangan undi dijalankan.
Bagaimanapun, perlu dijelaskan bahawa usaha ini bukan bermaksud Pakatan Rakyat menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan UMNO, tidak sama sekali.
Niat Pakatan Rakyat adalah baik, demi untuk menegakkan undang-undang kerana UMNO kelihatannya sudah begitu besar kepala dengan tidak mengendahkan peruntukkan undang-undang dalam soal penubuhan beribu-ribu cawangannya di seluruh negara.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!