Karnival itu dibuka bermula jam 11 pagi sehingga 12 tengah malam bermula semalam sehingga Sabtu ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pelancongan, karnival kali ini bertujuan menonjolkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pelbagai budaya seiring
dengan konsep 1Malaysia dengan tema "Malaysia Truly Asia".
Kementerian Pelancongan merupakan penganjur karnival berkenaan.
Karnival itu turut bertujuan menggalakkan pelancongan domestik selaras dengan kempen "Cuti-Cuti 1Malaysia" dan juga sebagai persiapan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014.
Karnival yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen itu turut menampilkan buat pertama kalinya gerai jualan "Fabulous Food 1Malaysia" yang menyediakan makanan tradisi dari seluruh Malaysia selain 80 penggerai dan pempamer dari seluruh negara. - Bernama

0 comments:
Dí lo que piensas...