Saturday, February 2, 2013

Bulan madu di pulau

3.2.2013

KUALA LUMPUR: Tuduhan seorang jurugambar bebas terhadap Liyana Jasmay atau Liyana, 24, berkaitan gambar praperkahwinannya yang disiarkan di laman sosial langsung tidak mengganggu tumpuan pelakon popular itu dan suami, Fathuddin Mazlan (Dean), 29, membuat persediaan majlis pernikahan dan persandingan mereka.
Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Castello itu menegaskan, dakwaan itu langsung tidak memberi kesan kerana majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Seri Pacific di sini, semalam, berjalan lancar.

“Saya tak ambil pusing dengan apa yang terjadi. Kontroversi seperti itu datang dan pergi. Umum juga sudah melupakannya,” katanya yang ditemui sebaik majlis pernikahannya selesai.

Jelasnya, Dean sendiri mengambil pendirian sama sewaktu perkara itu heboh diperkatakan. Malah, suaminya langsung tidak membaca tuduhan jurugambar terbabit yang turut disiarkan di laman sosial dan portal berita hiburan.

“Bagaimanapun, saya jelaskan kepadanya bahawa gosip seperti ini perkara biasa dalam dunia hiburan. Mujur suami orang yang tak ambil kisah sangat andai perkara itu bukan sesuatu yang penting,” katanya.

Seminggu sebelum majlis pernikahan dan persandingan semalam, jurugambar bebas yang menjalin kerjasama menaja gambar praperkahwinan Liyana Jasmay menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan ibu pelakon itu, Habsah Simpon yang menegurnya menyiarkan foto itu lebih awal.

LIYANA, Dean tidak tertekan dengan kontroversi.

  Teguran itu dilakukan apabila ada antara foto disebarkan dikritik beberapa pihak, terutama yang memaparkan Dean mencium dahi Liyana. Dakwaan balas dibuat jurugambar bebas terbabit turut mengecam Liyana secara peribadi.


Sementara itu, Dean menjelaskan, dia mahupun Liyana tiada sebab untuk tertekan hanya kerana isu yang cuba diperbesar-besarkan. “Apa yang penting majlis pernikahan kami. Syukur apabila perancangan menjadi kenyataan. Saya dan Liyana kini dapat hidup bersama dan bergelar suami isteri,” katanya.


Menyentuh perancangan selepas bernikah, pasangan ini akan ke New York bagi membolehkan Liyana menjalani penggambaran drama. Sebelum itu mereka dijadualkan singgah di London untuk bercuti tetapi bukan berbulan madu. Ia hanya akan dilaksanakan apabila pulang ke Sabah berikutan Dean mahu berada di lokasi menarik iaitu pantai atau pulau untuk bulan madu mereka.


Hanya dengan dua kali lafaz, Liyana dan Dean sah bergelar suami isteri dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad dan 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.



Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin seutas gelang bernilai RM5,500 dan wang hantaran RM28,388 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh.

hmetro



0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!