Saturday, April 6, 2013

VIDEO: Anwar Sanggup Lakukan Apa Saja Demi KUASA! – Dr. Chandra Muzaffar

6 April 2013 DR. CHANDRA Muzaffar diketahui ramai merupakan sahabat baik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah sampai satu peringkat, beliau pernah diangkat menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Namun kerakusan Anwar khususnya dalam mengejar kuasa dan memburu impian untuk menjadi Perdana Menteri membuatkan Chandra dan ramai sahabat baik beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan perjuangan sahabat mereka itu.
” Dia (Anwar) gunakan Dr. Mahathir kerana kuasa, dia gunakan Nik Aziz kerana kuasa, dia gunakan kawan-kawannya di Turki kerana kuasa, kuasa itu adalah pertimbangan pertama dan terakhir beliau…ini menjadi matlamat hidupnya.
” Dia dah tak peduli tentang etika, tentang nilai, tentang soal kawan dan sebagainya demi KUASA,” tegasnya pada minit ke 10.20 dalam video temubual eksklusif dengan Perak Today baru-baru ini.
Beliau juga berkongsi kisah lucu mengenai Anwar sewaktu bekas Timbalan Perdana Menteri itu menceritakan pengalamannya di dalam penjara.
Menurut Dr. Chandra, bila berhadapan dengan kaum dan personaliti tertentu, Anwar akan membawa cerita dan kisah yang berbeza.
Sebagai contoh, katanya, ketika di hadapan orang Melayu, Anwar mendakwa dia banyak menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran masa dalam penjara.
” Di depan audiens Hindu di Sungai Petani dia kata dia baca Bhagavad Gita (kitab suci Hindu), depan orang Cina dia kata dia baca Analects Confucius…dia pandai ‘petik’ sana sini untuk menyakinkan mereka.
” Masa temubual dengan Julian Assante (Wikileaks), soalan yang dikemukakan oleh Julian sama iaitu macam mana cara dia menghabiskan masa di penjara…Anwar tak sebut baca Al-Quran, Bhagavad Gita, Analects Confucius…tapi dia kata dia dengar lagu-lagu Elvis Presley!,” kata Dr. Chandra. (lihat minit ke 22:52)
Lihat video di bawah ini;


0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!