Tuesday, April 2, 2013

Satu kereta satu tong sampah

3 April 2013 KUALA LUMPUR – Demi menjaga kelangsungan terhadap kebersihan alam sekitar, khususnya di lebuh raya, penuntut Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL) menganjurkan kempen satu kereta satu tong sampah (1K1T).

Pelancaran kempen yang berlangsung di Hentian Rehat & Rawat Jejantas Sungai Buloh baru-baru ini, disempurnakan pensyarah dari UUMKL, Profesor Dr Pazim @ Fadzim Othman.

Menurutnya, kempen itu adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna lebuh raya amnya mengenai kepentingan menjaga kebersihan kemudahan yang disediakan.

“Bagi menghentikan aktiviti pembuangan sampah merata-rata, kempen ini menggalakkan penyediaan tong sampah kecil di dalam kenderaan.

“Menerusi kempen ini juga, penganjur mengharapkan pencemaran sampah-sarap dan sisa pepejal dapat dikurangkan dari semasa ke semasa melalui amalan penyediaan satu tong sampah kecil di dalam setiap kenderaan,” katanya.

 Selain itu kata Pazim, pengguna akan menyedari bahawa tabiat membuang sampah di lebuh raya bukan sahaja boleh mencemarkan alam sekitar, tetapi juga mampu mengundang bahaya kepada pengguna lebuh raya yang lain.

Kempen Kesedaran 1K1T ini turut melibatkan kerjasama dan tajaan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Kolej Technologi Park Malaysia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, Radio KLfm dan Moraf Mirza Sdn Bhd.

Turut hadir, pensyarah yang juga penasihat projek, Nuredayu Omar, Wakil Pengurus C3 Plus, Ahmad Syukri, Eksekutif Pemasaran Komunikasi Korporat, Nazren Fauzi dan 20 penuntut UUMKL.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!