Friday, April 5, 2013

‘Permainan’ Licik Alvin Dan Vivian

5 April 2013 BARU-BARU ini pasangan KO-TOR-VERSI, Alvin dan Vivian sekali lagi mencetuskan kegemparan apabila Vivian memuatnaik gambar seksinya sambil memegang bendera Barisan Nasional (BN).
Dalam kenyataannya ketika itu, pasangan tersebut meminta orang ramai mengundi Barisan Nasional.
Jika ditafsir secara ‘direct’, ia terang-terangan menunjukkan pasangan itu adalah penyokong BN.
Sekaligus membuatkan masyarakat merasa jelik dengan parti itu kerana didokong oleh manusia seperti Alvin dan Vivian!
Tetapi sebenarnya bukan payah untuk ‘menafsir’ tindakan mereka berdua.
Apa yang kita lihat itu hanya ‘yang tersurat’ tetapi sebaliknya ada maksud ‘yang tersirat’.
Mereka berdua tahu, tindakan sebegini akan menimbulkan perasaan marah bukan saja pada mereka tetapi juga pada parti BN itu sendiri.
Kita tahu betapa marahnya Alvin dan Vivian kepada kerajaan kerana telah mengutuk perbuatan mereka melakonkan adegan seks sebelum memuatnaik ke dalam akaun You Tube tidak lama dulu
BARU-BARU ini pasangan KO-TOR-VERSI, Alvin dan Vivian sekali lagi mencetuskan kegemparan apabila Vivian memuatnaik gambar seksinya sambil memegang bendera Barisan Nasional (BN).  Dalam kenyataannya ketika itu, pasangan tersebut meminta orang ramai mengundi Barisan Nasional.
Kita tahu Alvin dan Vivian marah dengan kerajaan bila sesi temuramah mereka dengan sebuah stesen radio tempatan  telah ‘disekat’ oleh kerajaan.
Blogger-Seks-Alvin-Dan-Vivian-Dilayan-Bagai-Selebriti-1
Dan yang lebih kita tahu, mereka berdua SANGAT BERDENDAM dengan kerajaan sedia ada yang diterajui oleh BN ini.
Jadi salah satu cara untuk membalas rasa ‘dendam’ itu sudah tentu melalui tindakan sabotaj sebegini.
Yang pasti mereka berdua akhirnya telah meminta maaf seperti yang mereka tulis dalam FB mereka.
alvian

Sejauh mana ‘keikhlasan’ permohonan maaf itu tidaklah kita tahu.
Yang pasti mereka telah berjaya membalas dendam dan amarah mereka dengan cara yang sangat jijik ini.
Malangnya mereka boleh tipu semua orang, tetapi mereka lupa bukan semua orang boleh tertipu dengan mereka

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!