Sunday, April 7, 2013

PAS Perak Umum Calon 9 April

PAS Perak Umum Calon 9 April


8 April 2013 KUALA LUMPUR – Badan Perhubungan PAS Perak akan mengumumkan calon parti itu yang akan bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) pada 9 April ini.
Ketua Penerangannya, Dr. Ahmad Nuri Al-Amin berkata, pengumuman itu akan dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussien dalam satu majlis.
“Pengumuman ini akan dibuat pada satu program khas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang, Manjung.
“Program itu akan berlangsung di Batu 10, Lekir, Lumut bermula pukul 9 malam dan amat bermakna kepada semua jentera PAS,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ahmad mendakwa pemimpin PAS semua peringkat dijadual hadir ke program bertemakan ‘PeraKite’ itu termasuk semua penyokong parti itu.
Beliau juga mendakwa pihaknya akan mengadakan `siaran langsung’ majlis penting tersebut melalui www.perakitedaily.blogspot.com.
Jelas beliau langkah itu bagi memberi peluang kepada seluruh rakyat Perak mengikuti pengumuman yang cukup bermakna tersebut.
“Ini jelas membuktikan bahawa PAS memang telah bersedia dan mendahului UMNO Perak sebagai pesaing utama PAS selama ini,” katanya lagi.



0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!