Tuesday, April 2, 2013

Nurul Izzah optimis Fuziah pertahan kerusi Kuantan

3 April 2013 KUANTAN - Keputusan pucuk pimpinan PKR mengekalkan Fuziah Salleh untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu satu langkah tepat.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Fuziah yang menewaskan calon BN, Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi pada PRU12 lalu dilihat mampu mengulangi kejayaan itu dalam PRU13 akan datang.

Menurutnya, beliau yakin dengan rekod cemerlang Fuziah sepanjang bergelar Ahli Parlimen Kuantan selama ini mampu meraih sokongan masyarakat Kuantan.

“Kita yakin sokongan pengundi di sini terhadap beliau semakin meningkat terutama di kalangan pengundi baru,” katanya selepas menyampaikan ceramahnya kepada kira-kira 400 penyokong di Sungai Isap Jaya di sini, malam kelmarin.

Dalam ceramahnya juga, Nurul Izzah menyifatkan PR mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan yang membela nasib rakyat sekiranya diberi peluang memerintah.

“Adalah tidak adil untuk mengukur kemampuan PR mentadbir negara sekiranya tidak diberi peluang untuk membuktikannya.

“Beri peluang kepada PR memerintah satu penggal dan rakyat boleh membuat perbandingan sama ada kerajaan BN lebih baik atau sebaliknya,” katanya.
Dalam siri ceramahnya, Nurul Izzah turut menemui kira-kira 300 penyokong di Inderapura bersama beberapa pemimpin PR termasuk Fuziah Salleh, Cikgu Bard, Ketua Pemuda Pas Pusat, Naarudin Hassan.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!