Tuesday, April 2, 2013

Nik Aziz: Senarai calon Pas Kelantan selesai

3 April 2013 KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesahkan Pas Kelantan sudah menyiapkan senarai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan bersedia jika Parlimen dibubarkan seawal hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sehingga semalam, tiada apa-apa masalah berlaku dalam proses penyenaraian calon di negeri ini sehingga Parlimen dibubarkan bila-bila masa.

“Kira selesai, tiada masalah. Kita tahu Umno terlalu lemah sekarang ini, sebab itu dia (Umno) bagi duit kepada rakyat. Bagi duit kerana apa? Sama ada rasuah, maka rasuah itu haram, demokrasi pun kata haram, Islam pun kata haram.

“Kalau bagi (duit) dalam bentuk upah supaya rakyat undi dia (BN), politik bukan kerja upah. Mengundi adalah hak masing-masing,” katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim (SUK), di sini, semalam ketika ditanya mengenai kesediaan Pas bagi menghadapi pilihan raya jika Parlimen dibubarkan esok.

Sambil mengandaikan Umno yang dilihat berada dalam situasi serba salah, beliau menyifatkan parti berkenaan seolah-olah ‘tercekik tulang’ untuk berhadapan dengan PRU13.

Parlimen dijangka dibubarkan seawal hari ini selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan PRU-13 diadakan.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Parlimen dijangka dibubarkan seawal hari ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian ‘lounge suit’ berwarna
gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihana Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga dilaporkan berkata, jika Parlimen dibubar hari ini, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!