Tuesday, April 9, 2013

K’jaan Interim Berhak Guna Alat-Alat K’jaan

Datuk Seri Dr. Rais Yatim


10 April 2013 KUALA LUMPUR – Kerajaan interim berhak menggunakan alat-alat kerajaan selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau berkata, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon dan tempoh ber kempen barulah alat-alat kerajaan tidak boleh digunakan bagi tujuan parti.
“Penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan pentadbiran dan fungsi eksekutif tetap seperti biasa. Hanya untuk tujuan berkempen alatan kerajaan tidak boleh diguna,” katanya ketika ditanya dakwaan kemudahan Jabatan Penerangan digunakan Barisan Nasional untuk berkempen.
Rais berkata demikian selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India bersama golongan penghibur jalanan dan anggota persatuan Karyawan di sini hari ini.
Beliau juga menjelaskan bahawa jabatan dan agensi ke rajaan masih boleh berfungsi seperti biasa mengikut Perkara 38 dan 43 Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai Majlis Raja-raja dan Akta Fungsi Menteri walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan.
“Sekarang kita dalam suasana, lingkungan dan ruang tugas kerajaan sementara, kerajaan masih wujud, semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan juga seperti biasa,” katanya.
Beliau berkata, kecuali selepas penamaan calon, kerana pada masa itu semua agensi dan jabatan kerajaan tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua program melibatkan parti politik. – BERNAMA

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!