Wednesday, April 3, 2013

BMW S1000RR Versi HP

4 April 2013 Sejak pembentangan kepada media antarabangsa pada 2009, BMW S1000RR dengan cepat mencipta kemenangannya.

Tahun lalu boleh dikatakan tahun yang membahagiakan buat pengeluar Jerman BMW Motorrad.
Penantian selama bertahun-tahun di Superbike World Championship (WSBK) mulai menampakkan hasil menerusi Marco Melandri yang memberikan kemenangan kepada BMW pertama kalinya, bahkan kini sudah berjumlah lima kali.

Mungkin sebagai bentuk kebahagian tersebut makanya BMW melancarkan S1000RR versi terbaru dijoloki sebagai HP4.

Kembali melancarkan model utamanya, BMW HP4 adalah pengembangan dari BMW S1000RR yang garang di balapan WSBK sekali gus dari versi terdahulu, BMW HP2. Motor yang banyak mengusung evolusi pada teknologi dan ciri-ciri canggihnya ini hadir dengan enjin sama seperti BMW S1000RR, empat silinder sebaris.

HP4 merupakan singkatan dari High Performance dan angka empat menunjukkan generasi S1000RR di mana superbike ini sudah empat tahun sejak pertama kali dilancarkan.

Tentunya untuk meletakkan lencana HP  pada S1000RR oleh BMW adalah untuk meningkatkan tenaga superbike yang pernah menerima anugerah 1000cc terkencang itu.

Dari segi enjin, BMW HP4 serba baharu menghasilkan kuasa 193hp  pada 13,000 rpm dan tork maksimum 112 Nm pada 9750 rpm.

Melalui pemasangan enjin berorientasikan prestasi, HP4 serba baharu turut menyaksikan peningkatan tork dalam kelajuan enjin peringkat sederhana. Tidak seperti model S1000RR, jumlah outputnya adalah sama bagi empat mod yang ditawarkan. Tetapi HP4 serba baharu kini memberikan output yang lebih lancar dengan tork antara 2500rpm dan 8000 rpm (mod hujan).

Selain itu, jentera supersports berkenaan juga kini paling ringan dalam kelasnya dengan berat keseluruhan 199 kilogram (kg). Ia disumbangkan dengan penukaran beberapa komponen antaranya roda aloi 7 jejari, sprocket dan penggunaan ekzos  titanium.

Untuk model prestasi ini juga, BMW Mottorrad menawarkan ciri pertama- Dynamic Damping Control (DDC) untuk meningkatkan lagi teknologi suspensi.

Sistem ini melibatkan penggunaan pemampatan dinamik dan peredaman peringkat pantulan untuk menyesuaikan motosikal dengan keadaan jalan raya yang pelbagai.

Sistem suspensi semi-aktif bertindak balas secara automatik terhadap pergerakan seperti membrek, memecut dan mengambil selekoh pada pelbagai permukaan jalan dan menetapkan tahap redaman yang bersesuaian melalui injap yang digerakkan secara elektrik. Sistem DDC turut boleh digunakan untuk empat mod yang ditawarkan.
Bukan itu sahaja, HP4 juga merupakan motosikal BMW pertama yang memperkenalkan fungsi Launch Control serta pengesan wheelie. Sistem Launch Control mengawal jumlah tork untuk membolehkan penghantaran tork maksimum daripada roda belakang setiap kali pendikit tidak dipulas.

Apabila ia diaktifkan, tork enjin turut dikurangkan sebaik sahaja sistem mengesan roda hadapan terangkat bagi mengelak berlakunya wheelie ketika mula memecut. HP4 juga membolehkan penunggang melakukan pertukaran gear serta merta tanpa sebarang gangguan.

Sebagai bonus, HP4 turut dipasang Race ABS dengan tetapan IDM untuk prestasi membrek di litar lumba.
Sebagai pengeluar motosikal yang menjadi peneraju dunia kepada pemasangan sistem anti-kunci ABS pada motosikal, BMW Motorrad kini turut mengambil langkah yang sama untuk BMW HP4 di mana dalam mod “Hujan”, “Sport” dan “Lumba”, Race ABS beroperasi sebagai bahagian penting di mana brek pada roda belakang digerakkan secara automatik apabila brek roda hadapan diaktifkan.

Ini memastikan motosikal berada dalam keadaan stabil semasa membrek dan membolehkan jarak membrek yang sangat pendek.

Tetapan IDM yang baharu pula direka semasa Kejohanan Superbike Jerman dan memberikan impuls kawalan yang terperinci serta membolehkan nyahpecutan maksimum pada had cengkaman tayar.

Untuk tahun ini BMW Motorrad Malaysia memperuntukkan 55 unit HP4 untuk pasaran negara di mana 42 daripadanya sudah pun di tempah.

Harga jualan bagi model tersebut tanpa insurans RM144,444 dan untuk competition package adalah RM158,888.

Bagi pemilik HP4 Competition Package akan menerima kemasan karbon HP pada spoiler enjin, sistem alas kaki penunggang, tuil brek dan klac boleh lipat serta rim dalam warna Racing Blue Metallic dengan kit pelekat penaja istimewa yang meningkatkan lagi gaya eksklusif motosikal supersports.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!