16 Mac 2013
BAGAN DATOH - Kabinet telah bersetuju untuk membolehkan agensi berita
asing terutamanya dari Filipina mendapatkan gambaran sebenar berkenaan
tindakan pasukan keselamatan terhadap militan Sulu di Sabah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, media
asing kini boleh meletakkan petugas mereka di pusat media di Felda
Sahabat.
"Anggota keselamatan ini juga boleh mengiringi wartawan asing ke Ground
Zero bagi mereka untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik mengenai
operasi yang berterusan," katanya kepada pada sidang akhbar di bangunan
Umno Bagan Datoh di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, pengganas yang masih berkurung di Sabah didapati berada dalam keadaan kelaparan.
Beliau menambah bahawa semangat mereka juga semakin rendah berikutan ketua mereka meninggalkan Sabah.
0 comments:
Dí lo que piensas...