Friday, March 29, 2013

Yasmin Hani Tolak Watak ‘Makcik- Makcik’

29 March 2013 Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Yasmin Hani Richardson menyatakan dia kini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang belakang tabir sebagai penerbit demi jaminan masa hadapannya.
Yasmin turut menyatakan sampai bila dia mahu berlakon kerana industri lakonan di tanah air tidak sama seperti di Hollywood di mana pelakon yang semakin berusia lebih dihargai dengan ditawarkan pelbagai peranan utama dalam sesebuah filem atau drama yang dibintanginya.
“Bila saya tonton televisyen dengan suami saya, kalau ada watak mak-mak atau makcik-makcik, dia (suami) tanya pada saya, nak ke saya berlakon watak-watak macam tu? Saya jawab, tak nak.
“Jadi itu yang membuat saya berfikir sampai bila saya nak terus berlakon. Kalau nak tunggu tawaran watak utama, entah bila… sebab umur pun dah meningkat, kan. Kita pun tak tahu sampai bila populariti kita,” katanya kepada MalaysianDigest.
Selain mula aktif dalam kerja-kerja penerbitan dan belakang tabir, Hani juga sempat menubuhkan sebuah perniagaan baju atas talian, Baajookoo bersama dua rakan baiknya iaitu Atilia Haron dan Daphne Iking.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!