Thursday, March 28, 2013

Washington Hantar 2 Pesawat Pengebom


29 March 2013 Seoul – Dua pesawat pengebom siluman B-2 Amerika Syarikat yang berupaya membawa senjata nuklear diterbangkan ke Korea Selatan dalam apa yang digambarkan tentera Amerika sebagai misi ‘pencegahan’ semalam.
Pengumuman itu meningkatkan kemarahan Pyongyang yang mengeluarkan kenyataan mengancam untuk menyatakan perasaan tidak puas hatinya berhubung latihan ketenteraan itu dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung ujian nuklearnya bulan lalu.
Namun tiada tanda ia bersedia untuk pergi jauh daripada itu setakat ini semalam.
Sebuah kilang industri Korea Utara yang beroperasi dengan syarikat terkenal Korea Selatan berjalan seperti biasa, walaupun penutupan jaringan komunikasi sehari sebelumnya di Utara, biasanya digunakan untuk memindahkan pekerja dan barangan menyeberangi sempadan.
‘Misi tunggal berterusan’
Dua pesawat, berlepas dari pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri, terbang sejauh 20,921.5 kilometer pergi balik dalam satu ‘misi tunggal berterusan’, menggugurkan meriam olok-olok ke atas jarak sasaran di Selatan, kata tentera Amerika Syarikat dalam satu kenyataan media.
“Ini menunjukkan keupayaan Amerika melakukan serangan jarak jauh, tepat, segera dan di mana saja,” kata kenyataan.
Kedua-dua pesawat pengebom mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan bersama Korea Selatan dan Amerika Syarikat yang menaikkan kemarahan Korea Utara dan mencetuskan ancaman dari Pyongyang untuk mengisytiharkan ‘perang habis-habisan’ disokong senjata nuklear.
Penggunaan pesawat pejuang siluman akan melanjutkan ketegangan, oleh kerana Utara berang dengan penyertaan pengebom B-52 dalam latihan itu.- AFP
Pesawat Pengebom

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!