27 Mac 2013 Keadaan keselamatan di daerah Lahad Datu adalah terkawal dan selamat.
Pada jam lebih kurang 7.30 pagi tadi, bertempat di Sungai
Nyamuk, telah berlaku tembak menembak diantara pihak pasukan keselamatan
dengan pihak musuh.
Dalam kejadian ini, pasukan keselamatan telah menemui sepucuk pistol jenis revolver .38 dan 6 butir peluru.
Walaubagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.
Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah security
offences (special measures) act 2012, (sosma) adalah seramai 119
tangkapan. tangkapan kes-kes lain seramai 316 orang.
Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 40
orang dan 02 mayat kanak-kanak serta jumlah pengganas yang ditembak mati
adalah seramai 65 orang dan 02 orang mayat kanak-kanak.
Jumlah mayat yang telah dikebumikan adalah seramai 29 orang. Operasi
pembersihan/penggeledahan di kawasan kampung tanjung batu masih
diteruskan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib
0 comments:
Dí lo que piensas...