Sunday, March 31, 2013

Tasha Makin Rapat Dengan Pemain Bola Kebangsaan, Mahali Jasuli

1 April 2013 Pelakon cantik, Tasha Shilla dikhabarkan kini sedang berkawan rapat dengan pemain bola kebangsaan, Mahali Jasuli.
Sebelum ini, Mahali pernah membuat pengakuan bahawa dia sangat meminati lakonan Tasha menerusi program Meletup yang disiarkan di Astro Ria.Tasha Sh
Menerusi Berita Minggu, Mahali mendedahkan bahawa setakat ini dia dan Tasha berkawan dan pernah beberapa kali keluar bersama.
“Kami pernah keluar pergi makan-makan dua tiga kali. Mula-mula kami pergi makan di Nandos, Shah Alam. Tasha bawa kawan-kawannya. Kemudia bila pergi makan malam di Pavilion, Kuala Lumpur, hanya kami berdua saja. Kalau tak silap pada awal Mac lalu.
Sementara itu, Tasha pula mengakui dia berasa selesa berkawan dengan pemain yang berusia 24 tahun itu.
“Saya selesa berkawan dengan dia. Saya meminati dia sebagai pemain bola sepak dan dia pula minat saya sebagai pelakon. Bila ada masa lapang, kami berhubung menerusi Whatsapp, panggilan telefon atau SMS. Kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Dia seorang yang ramah mesra, mengambil berat, romantik, kelakar, sopan santun dan ada sifat pemalu,” kata Tasha.
Sebelum ini juga Tasha pernah membuat pengakuan bahawa hatinya kini sudah dimiliki seseorang cuma dirinya saja tidak mahu mendedahkan kekasih hatinya itu kepada umum.
Mungkinkah bibit-bibit cinta sudah berputik di antara dua hati ini?

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!