24 March 2013
TOKYO
- Seekor tuna sirip biru gergasi mencatat sejarah apabila ia dilelong
pada harga AS$1.8 juta (RM5.5 juta) dalam satu majlis lelongan pertama
di pasar ikan Tsujiki, dekat sini semalam. Harga tersebut adalah tiga
kali ganda berbanding rekod jualan tahun lalu iaitu AS$640,000 (RM1.9
juta). Ikan seberat 222 kilogram itu ditangkap di perairan Oma, utara
Jepun. Pasar ikan Tsujiki sering mengadakan acara lelongan ikan dan
menjadi antara lokasi kegemaran pelancong asing.
Ikan itu dibeli oleh
Kiyoshi Kimura, presiden dan pemilik syarikat yang mengendalikan
rangkaian restoran popular Sushi-Zanmai. Kimura juga memenangi bidaan
ikan tuna sirip biru pada tahun lalu. "Saya mahu memenuhi ekspektasi
pelanggan yang ingin menikmati tuna terbaik Jepun pada tahun ini. Dengan
tuna ini, saya harap dapat menceriakan rakyat Jepun," kata Kimura yang
dipetik daripada akhbar Jiji Press.
Berdasarkan kepada harga
itu, sekilogram ikan tuna tersebut berharga sekitar 700,000 yen
(AS$7,940 atau RM24,180). Maka, sekeping sushi yang menggunakan ikan itu
boleh mencecah harga kira-kira 30,000 yen (AS$340 atau RM1,036).
Namun, Kimura menyatakan dia tidak akan menjual sushi pada harga begitu
mahal. Sebaliknya hanya dijual pada harga lebih realistik iaitu 398 yen
(AS$4.50 atau RM13.75). - AFP
0 comments:
Dí lo que piensas...