Friday, March 29, 2013

Shaheizy Sam Bakal Tampil Dengan ‘Single’ Baru


29 March 2013Pelakon terkenal, Shaheizy Sam menyatakan dia bakal muncul dengan sebuah single baru yang berjudul Bicara Hati.
Seperti yang semua sedia maklum, Sam sebelum ini memang pernah bergelar ahli kumpulan rap MOB dan pernah menyanyi bersama pelakon Yana Samsudin menerusi lagu hits, Begitulah Caranya.
“Ya memang Sam akan keluarkan single terbaru berjudul ‘Bicara Hati’ dan bakal di release mungkin paling awal pada hujung tahun ini.
“Setakat ini belum ada perancangan untuk mengeluarkan album tetapi sekadar mencuba untuk mengeluarkan single-single terbaru dan sekiranya mendapat sambutan kemungkinan besar Sam akan keluarkan dengan mini album,” katanya kepada Rotikaya.
Sam turut menyatakan konsep album yang ingin diketengahkannya ialah bergenre R&B dan Bone Thugs yang mana ianya melihatkan kematangan Sam dalam bidang nyanyian sejak 10 tahun lepas.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!