25 Mac 2013
Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan
nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan
Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas
Perdana Menteri itu pada tahun 1988.
Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau
sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi
menunaikan hajatnya itu.
Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana
terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.
“Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang
Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan
cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh
menunggu lagi.
“Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri
kabinet untuk dibunuh… dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional
(BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi
Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas
ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.
“Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya
sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon
maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita
selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas
di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.
Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah
telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Monday, March 25, 2013
“Saya Rancang Nak Bunuh Tun M Tahun 1998″ – CN Afghani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Dí lo que piensas...