Sunday, March 24, 2013

Remaja Jepun Bunuh Ibu Secara Kejam



Remaja Jepun Bunuh Ibu Secara Kejam
24 March 2013 
TOKYO – Seorang remaja Jepun didakwa membunuh secara kejam iaitu dengan mengerat tubuh ibunya kepada beberapa bahagian. Ketika ditangkap, remaja berkenaan memberitahu pihak polis bahawa dia melakukan perkara itu hanya kerana dia tidak suka pada ibunya dan mahu ‘belajar’ mengenai ceraian anatomi.
Lapor akhbar Sankei, remaja berusia 19 tahun itu memotong-motong tubuh ibunya kepada 15 bahagian dalam bilik mandi menggunakan pisau dapur.
Dia yang selama ini tinggal bersama ibunya dalam sebuah apartmen kecil, menyimpan bahagian tubuh ibunya di dalam tab mandi yang dipenuhi air sebelum membuangnya satu persatu ke dalam beg plastik.
Suspek tersebut yang tidak dinamakan kerana masih di bawah umur mengikut undang-undang Jepun, telah ditangkap pada 14 Mac lalu selepas seorang saudaranya melawat dua beranak itu di apartmen mereka lalu menemui cebisan-cebisan tubuh. Pembunuhan kejam itu dipercayai dilakukan pada dua minggu sebelumnya. – AFP

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!