Tuesday, March 26, 2013

PAS Dakwa Manifesto Pembangkang Hebat

27 Mac 2013 KUALA LUMPUR – PAS Titiwangsa mendakwa manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pakatan pembangkang jauh lebih hebat daripada pelan pembangunan  Barisan Nasional (BN) untuk memajukan lagi kawasan ibu negara.

Penyelaras Parlimen PAS Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa’Ad Khuzaimi mendakwa, pakatan pembangkang turut menawarkan banyak manfaat, faedah dan tawaran khusus untuk warga Kuala Lumpur melalui manifesto itu.
“Pelan pembangunan BN tidak sehebat tawaran dalam manifesto pakatan. Terlalu banyak manfaat, faedah dan tawaran khusus untuk warga wilayah persekutuan yang ditawarkan – lebih menarik berbanding dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mac lalu bagaimanapun mengingatkan semua rakyat supaya tidak tertipu dengan manifesto PRU 13 yang diumumkan pakatan pembangkang baru-baru ini.
Muhyiddin berkata, rakyat harus sedar pakatan pembangkang melalui seorang pemimpin kanannya pernah membuat kenyataan bahawa manifesto pilihan raya bukannya satu perjanjian yang perlu ditunaikan.
Atas sebab itu kata Timbalan Perdana Menteri, banyak janji manifesto yang tawarkan kepada rakyat terutama di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 gagal ditunaikan sehingga rakyat membuat beberapa tuntutan di mahkamah.
Ahmad Zamri dalam pada itu membidas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kerana menganggap tindakan pembangkang melakukan penentangan secara berterusan terhadap pelbagai inisiatif kerajaan sedikit sebanyak mengganggu agenda pembangunan Kuala Lumpur.
Beliau mendakwa mendakwa pakatan pembangkang cuma berhasrat membantu pemilik dan penduduk asal Kampung Bharu mendapatkan kembali hak mereka yang dirampas bukan menghalang pembangunan seperti yang didakwa Raja Nong Chik.

0 comments:

Dí lo que piensas...

Photo of Milford Sound in New Zealand!
Photo of Milford Sound in New Zealand!