Kuala
Lumpur, 14 Mac - Penduduk di Lahad Datu, Sabah hari ini terus
diingatkan agar tidak memasuki atau mendekati kawasan operasi atau
kawasan yang telah dilabelkan zon merah oleh pihak berkuasa.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata penduduk diminta
memberi kerjasama kerana sehingga kini anggota keselamatan negara masih bertungkus lumus
menjalankan operasi Op Daulat bagi menghapuskan kumpulan penceroboh militan bersenjata dari selatan Filipina itu.
"Itu adalah kawasan panas, kita minta penduduk jangan masuk atau
hampiri kawasan terlibat ini. Selain itu jika ada berita yang disebarkan
pihak tertentu sila buat pengesahan di ibu pejabat polis berhampiran,
sama-samalah kita membantu pasukan
keselamatan untuk memastikan keadaan dan keamanan di Sabah dapat dipulihkan," katanya.
Wednesday, March 13, 2013
OPS DAULAT: PENDUDUK LAHAD DATU TERUS DIINGATKAN JAUHI KAWASAN OPERASI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Dí lo que piensas...