BILA laman ini menyeru semua pemimpin
Pakatan Rakyat mengambil serius kemungkinan wujud gangguan puaka
berikutan beberapa kematian misteri individu tertentu yang rapat dengan
Pakatan Rakyat, kami dipersenda dan diperkecilkan kerana kononnya
terlalu percaya dengan tahyul dan perkara-perkara karut.
Antara kematian misteri tersebut ialah membabitkan mendiang P Subramaniam dan peguam DCNS, Olivier Metzner.
Sekarang bila Mursyidul Am PAS, Datuk
Nik Aziz Nik Mat sendiri dimasukkan ke hospital secara mengejut kerana
sakit perut dan masalah lain, barulah laman ini melihat ada tindakan
untuk memastikan penyakit tersebut bukan disebabkan oleh gangguan dari
puaka yang sedang mengganas.
Puaka yang dimaksudkan sudah tentulah
jenis puaka yang dibela oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah
Mansur yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini.
Memanglah kalau diikutkan logik, pada
umur 82 tahun sekarang, Nik Aziz akan selalu uzur dan sakit-sakit, itu
kita faham, tapi jenis yang datang mendadak seperti ini, sudah pasti
disebabkan oleh faktor luaran. Kalau masalah jantung tu kita boleh
terima lagi, tapi ini masalah dalam perut.
Apatah lagi kita tahu, ada juga pemimpin
politik yang hampir sebaya Nik Aziz (tapi kurang berilmu dan disayangi
Tuhan) seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan bekas Perdana
Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang masih hidup sehingga kini.
Mereka berdua ini kelihatan cergas,
segar dan masih mampu ke sana ke mari berceramah, merasmikan buku dan
sebagainya, kenapa Nik Aziz yang lebih muda selalu uzur? Ini tidak
boleh diterima logik sama sekali.
Mesti ada masalah gangguan makhluk halus.
Lagipun Nik Aziz sudah diumumkan akan kekal bertanding dan menjadi Menteri Besar Kelantan kalau Pakatan Rakyat kekal menerajui Kelantan selepas pilihanraya umum ke-13 nanti dan dengan itu, kebarangkalian beliau diganggu puaka yang dihantar Rosmah ini tidak boleh diketepikan sama sekali.
Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia di seluruh negara wajib mengadakan upacara sembahyang hajat bagi mendoakan kesihatan dan keselamatan Nik Aziz.
0 comments:
Dí lo que piensas...