13 March 2013
KUALA LUMPUR : Presiden Benigno Aquino III tidak akan dimaafkan kerana
bersikap lepas tangan semasa Malaysia mengebom bertali-arus rakyat
Filipina di Sabah, kata Ketua Pemimpin Pemberontak Nur Misuari yang juga
memberi amaran situasi huru hara jika 'Syaitan' Sulu Jamalul Kiram III
ditangkap dan pengikutnya diberkas.
Misuari merupakan Ketua Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF), sebuah
gerakan politik Islam yang bertukar menjadi pemberontak pada 1969
berkata Aquino perlu lebih tegas dan menghentikan serangan Malaysia ke
atas pengikut Jamalul, bukannya menyebelahi negara jiran mereka
tersebut.
“Apa yang beliau lakukan sangat buruk,” kata pemimpin tersebut yang dipetik dalam The Philippine Daily Inquirer.
“Beliau bukan seorang mengetuai negara ini apabila menyebelahi musuh kepada orangnya sendiri.”
“Atas alasan apa beliau (Aquino) bekerjasama seiring dengan Malaysia,
sebuah kuasa penjajah yang menduduki tanah orang kita? Saya
menentangnya, sangat menentangnya dengan seluruh jiwa saya. Saya harap
Presiden mendapat nasihat dengan baik. Saya harap beliau akan sedar.
Jika tidak kami tidak akan memaafkannya,” kata beliau semasa sidang
media semalam di kediaman Jamalul di bandar Taguig, Filipina.
“Dan terdapat cubaan untuk menangkap Sultan, saya difahamkan. Biarkan
mereka buat, negara ini akan dalam huru-hara jika mereka meneruskannya.
Saya janji kepada anda.”
Misuari juga mendakwa telah memberikan
amaran kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa
penentangan kumpulan pengganas Sulu di Sabah 'dianggap sebagai sebuah
peperangan'.
Beliau menambah kesediaannya untuk menyuruh cucu
lelakinya yang tinggal di Malaysia dan sesiapa sahaja yang dikatakan
saudara Najib untuk bercakap dengan Perdana Menteri tentang sebarang
kemungkinan jalan perdamaian untuk menghentikan ketegangan.
Pegawai kerajaan Filipina berulangkali mengulangi kritikan yang keras ke
atas pentadbiran Aquino kerana kegagalannya untuk melindungi nyawa
rakyatnya sendiri, yang mana kebanyakkan rakyat Filipina percaya
tuntutan mereka ke atas tanah di Sabah adalah munasabah.
Laporan The Inquirer juga berkata Misuari bersetuju dengan Kesyaitanan
Sulu yang mendakwa Sabah “adalah tanahair kami”, tetapi menafikan beliau
mencetus pencerobohan mereka di Sabah ataupun pengikutnya dalam MNLF
menyertai pertempuran di Lahad Datu di mana kebanyakkan mereka dilapor
mendapat latihan ketenteraan di Malaysia.
Menurut beberapa
laporan di media Filipina, Misuari menyifatkan ia sebagai “gila” dengan
membuat kesimpulan beliau bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan
tersebut.
“Untuk sesiapa membuat spekulasi bahawa saya terlibat
dengan pencerobohan (Sabah) adalah sesuatu yang gila,” kata beliau yang
dipetik dalam laman mikro Twitter milik saluran media Filipina,
ABS-CBN.
“Misuari juga menafikan membiayai kumpulan Kiram di
Sabah. Ia bukan cara saya untuk melakukan sesuatu perkara,” lapor
saluran tersebut yang menggunakan penggendali @ANCALERTS.
Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga menyokong
kenyataan Misuari tersebut semasa sidang media semalam apabila mendakwa
tiada bukti mengatakan pejuang MNLF yang dilatih Malaysia menyertai
kumpulan penceroboh Muslim yang membuat tuntutan di Sabah.
“Kita hanya fokus kepada pengganas yang datang dari Sulu. Saya harap
rakan-rakan kita berketurunan Sulu di Sabah dan seluruh negara tetap
bersama-sama dengan kerajaan.
“Kita harus membezakan antara
pengganas Sulu dengan orang Sulu yang berada di Sabah, sama ada mereka
merupakan rakyat Malaysia berketurunan Sulu atau mereka yang mendapat
taraf penduduk tetap di Sabah,” katanya.
Manila Bulletin
semalam melaporkan Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda kumpulan
pemisah itu, mengatakan MNLF mempunyai senjata tersembunyi di dalam
Sabah yang disembunyikan selepas latihan dan yakin pihak berkuasa
Malaysia tidak akan menjumpai senjata berkenaan.
Senjata
termasuklah G1 dan FAL yang diperbuat oleh Belgium di mana bekas
presiden Libya Muammar Gadafi memberikan melalui Malaysia, kata Acmad
kepada akhbar tersebut.
Acmad dilaporkan tinggal di Sabah
selama satu dekad dari 1976 hingga 1986 sebelum menyerah kepada bekas
presiden Filipina pada ketika itu, Fidel V Ramos.
Bekas
pemimpin militan itu memberitahu akhbar ramai komander pemberontak lama
dan ahli mereka telah memilih untuk menetap di Sabah.
Kebanyakan mereka adalah dari Sulu, Tawi-Tawi dan semenanjung Zamboanga
di selatan Filipina, katanya, sambil menambah orang-orang MNLF termasuk
dari Maguindanao, Irano dan Maranao.
Acmad memberitahu, salah
seorang komander kanan yang dilatih Malaysia menghubunginya beberapa
hari lalu, memberitahu beliau sedang menyenaraikan pahlawan Tausug dan
lain-lain untuk menyokong pengikut Agbimuddin Kiram dan keturunan
kesyaitanan Sulu yang mendakwa memiliki Sabah.
“Saya cuba
menghubunginya semalam melalui telefon tetapi tidak dapat lagi. Saya
fikir beliau gagal untuk menembusi sempadan laut Malaysia dan Filipina,”
Acmad dilaporkan berkata.
Kumpulan pengganas bersenjata
tersebut telah mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari dan menuntut hak
mereka ke atas sebahagian kepulauan Borneo tersebut. (TMI)
0 comments:
Dí lo que piensas...