7.3.2013
Sesungguhnya kehadiran pemimpin nombor satu ini cukup penting kepada rakyat Sabah khususnya termasuk rakyat Malaysia amnya kerana ia secara tidak langsung membuktikan yang kerajaan cukup mengambil berat situasi yang sedang berlaku.
Di saat beliau dituduh dengan segala macam fitnah, termasuk kononnya dalang di sebalik semua yang terjadi, Najib ternyata tidak menghiraukan semua itu, ditinggalkan segala urusan negara dan terbang masuk ke zon konflik walaupun bahaya di depannya bukan calang-calang.
Begitu juga sewaktu di Pangkalan Udara TUDM Subang tempoh hari, walaupun tidak dilaporkan, tetapi ramai yang berada di sana sebak apabila Najib menitiskan airmata ketika jenazah wira-wira kita tiba dari Sabah.
Sedihnya beliau bila melihat keranda pegawai dan anggota polis hanya Allah saja yang tahu.
Beliau tahu konflik di Sabah ini cukup berat. Beliau tahu pelbagai
tohmahan dibebankan di bahu beliau bila dikatakan pasukan keselamatan
terlalu ‘lembap’ dalam mengendalikan rundingan dengan puak penceroboh
namun Najib ternyata tidak patah semangat.
Bagi Najib, Malaysia menghormati prinsip kemanusiaan dan
memberi cukup masa untuk berunding dengan kumpulan penceroboh militan
sebelum melancarkan gerakan ofensif.
“Kita beri tempoh lebih tiga minggu (untuk rundingan) dan
tangguh (serangan) empat kali, kita hanya bertindak bila mereka bunuh
lapan anggota polis kita,” katanya.
Tetapi seperti biasa, niat suci dan ikhlas Najib telah
dimanipulasikan kononnya negara begitu lemah dalam menamatkan krisis
pencerobohan ini.
Namun, seperti yang kita semua tahu, Najib bukan seorang pemimpin yang cepat melatah.
Semua yang dibuatnya adalah setelah menilai suasana dan laporan mengikut situasi.
Dan hari ini kita dimaklumkan 52 pengganas termasuk jeneralnya berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan kita.
Kita tahu usaha dan kesungguhan Najib tidak terhenti di sini. Yang
paling kita tahu, masih ramai mereka yang di luar sana akan terus
menyerang Najib walaupun apa yang beliau lakukan adalah untuk kebaikan
bangsa, agama dan negara.
Cukup pelik, di saat kita semua perlu bersatu menentang musuh
yang di luar sana, masih ramai yang sanggup menyerang ‘dari dalam’
hanya kerana kemarukkkan kuasa dan demi kepentingan politik
masing-masing.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk terus mengemudi
segala masalah yang dipikul di atas bahunya itu dengan baik dan saksama.
Ingat, kalau negara kita diceroboh dan dijajah, jangan kata Najib,
bahkan Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Kit Siang termasuk kita semua belum
tentu akan selamat di bumi yang bertuah ini.
Kecualilah kita sanggup untuk menjadi tali barut serta sanggup menjadi ‘barua dan pariah’ di bumi sendiri!
0 comments:
Dí lo que piensas...